Tuesday, January 18, 2011 | By: iefa_fifah

Hati yang kau sakiti

bercakap mengenai kesakitan di hati..
sangat pedih bila di tinggalkan oleh insan yang disayangi..
percintaan yang dibina atas ungkapan percintaan sejati, ternyata begitu rapuh, 
sehingga kesalahan sebesar zarah menjadi alasan kepada sebuah perpisahan..

redhalah wahai hati, kerana aku yakin disebalik kesakitan dan kesedihan ini, terselindung nikmat Allah yang paling besar.
aku ingin sekali meyakinkan hati itu, bahawa kekasihnya itu adalah persinggahan cuma. usah la kau bersedih. kerana bukan dia insan yang layak bertahta di hatimu..
wahai sekeping hati yang sedang lara, ingatlah wahai dikau, aku masih di sisimu, sebagai teman bicara, berkongsi kisah suka duka..
wahai hati yang sedang kepiluan, ingin sekali lagi aku nyatakan, usah la kau bersedih, meratap pemergian kekasih yang tidak setia, kerana kau berhak memiliki sesuatuyang lebih indah...


hurm...
sedih plak bila terpikir kan keadaan bila perpisahan yang terjadi..
aku tau, aku x nafikan, kau berhak bersedih..kerana hati kau telah buta dengan cinta lelaki tu..
tp aku nak sangat menjerit, memekik yang aku bersyukur korang dah berpisah..
sebab, lelaki tu bukan la lelaki yang baik. 

nth la.. kau yang bercinta ngn laki tu, mesti kau lebih tahu baik buruk dia..(bnyk yang buruk)
tp kenapa still nk butakan hati?
kenapa still nk menagih simpati..
masa depan kau lagi penting..

dah la kawan ku..lap air mata 2...
meh kita g makan eskem..
hilang kan kecewa tu...laki 2 tak berlayak untuk di sayangi..
Monday, January 10, 2011 | By: iefa_fifah

erti sebuah kerinduan

sebuah kerinduan itu akan hadir dengan sendirinya, tanpa perlu paksaan..hadir nya tanpa di undang..kadang-kadang meresahkan sekeping hati..jua menyesakkan seluruh jiwa..huhu..kerinduan melanda diriku...


kerinduan aku ni, hanya la suatu ungkapan beserta secebis perasaan rindu..terputik tanpa alasan..tercipta untuk seorang sahabat..yang pernah bertandang seketika dahulu, namun kini telah berlalu tanpa sebarang pesana..huhu..aku rindu...
aku penah ciptakan bait madah ni untuk dirinya...sewaktu bermimpi bersama-sama, pada suatu saat yang lalu...

|| MIMPI EMO ||


semoga ianya mimpi...

teruskanlah bermimpi
kerana ianya amat indah sekali
realiti yang berteraskan fantasi
menenangkan sekeping hati

teruskanlah bermimpi
imaginasi kekuatan diri
bertemu kekasih sejati
membenihkan kuntuman bunga di hati

bermimpilah wahai diri
puaskanlah gelodak hatimu
tatkala mentari bersuara
maka lenyaplah segala

wahai diri
janganlah kau bersedih hati
cukuplah ianya sekadar mimpi
walaupun hanya sekali
sebagai pengubat rindu disanubari~
aku jua merindui seorang insan..yang pernah dan sedang bertahta dihatiku..hurm..dia lah racun, dia lah penawar..teman terbaik di kala sepi dan gembira..brsama nya aku rasa selamat, bahagia dan lengkap..rindu nya diri ini..terasa ingin sekali menatap anak matamu..huhu..aku kerinduan...
rindu ku untuk insan ini tak pernah terpadam..tiap masa dan ketika..aku rindu....

rinduku buatmu

lembut bayu membelai jiwa ini
syahdu terasa di hati
dengupan jantung bagaikan terhenti
pabila bisikan angin menyebut namamu

kerinduan yang hadir
bukan sandiwara dicipta
hanya namamu bertahta
hanya cintamu ku damba

aku menanti hadirmu
memimpin tanganku
berlalu menuju gerbang bahgia
hanya kita berdua

impian dan anganku terbina
seiringan kepercayaanku padamu
demi cintaku padamu
ku menantimu setiap waktu

datanglah padaku
sepantas yang kau mampu
rinduku buatmu
mulai menggunung~

aku merindui keluargaku..rindu yang menangih air mata..sayu menyelubungi hati..sepi hatiku tanpa khabar berita mereka...panggilan telefon tetap tidak mampu menghilang derita yang ku tanggung ini..huhu..mama...rindu nye..(tetibe homesick la plak!)

aku rindu sesuatu itu..sesuatu yang aku berusaha untuk lepaskan..sesuatu yang mengecewakan aku..sesuatu yang aku sering bersama..namun terpaksa dilepaskan..hati terluka kerana nya..namun, aku tetap rindu..semoga ianya segera berlalu~

:: R.I.N.D.U ::

Rindu
mencengkam jiwa,menyeksa perasaan, mendera hati..
Hati ini resah tika rindu bertandang..
keinginan terpaksa dikubur
kerna keadaan tidak mengizinkan..

kenapa begitu?
adakah kerna kehadiran rindu?
andai benar,
pergilah rindu,
hilangkanlah wajah yang tersayang..
agar aku
tidak lagi rindu..
rindu pada yang tidak merinduiku~

hampa hati ku~


Lyrics | Ungu lyrics - Hampa Hatiku lyrics


hurm...hati aku tgh hampa..hampa kerana dia...aku mengundur diri..selamat tinggal kenangan indah, selamat tinggal kasih..selamat tinggal semua~

kawan-kawan..jom join~

kawan-kawan..jom kita join skyfrens.com...meh la....eh??eh??
nnt spe2 dah join, add la aku...huhu..meh la eh...


korang click ni (sign up -its free!!) then korg isi la segala yg patut..
then, dh abeh segala, korang click sini plak (add aku)..
then settle...
abeh wat mende 2 sgala, now we are frens...
ok??
selamat mencuba dan semoga enjoy dgn laman sosial yang baru...
daaa~ 
^^,
Friday, January 7, 2011 | By: iefa_fifah

hari ni birthday aku...

hari ni birthday aku yg ke 24....
heeee...dh tua ke??
nth la..bg aku umur 2 bkn hlngn nk bergembira..
asalkn pndai jg diri, sedar diri dan tau menghormati..


hee...my vvip nyanyi lgu besday...
suuuueeet sgt....
syg sgt2 kt abg~


to all frenz, forumers, family n others...
thanks for all those wishes..
luv u all >,<
Thursday, January 6, 2011 | By: iefa_fifah

Aurat: bukan hanya pada pakaian

Aurat adalah kehormatan. Sesiapa yang menutup auratnya, akan dihormati oleh Allah dan lelaki yang soleh.

Firman ALLAH, bermaksud;
"wahai Nabi, perintahlah isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita Muslim supaya melabuhkan pakaian sehingga menutup seluruh tubuh mereka, agar dapat dikenali sebagai wanita baik, dan supaya tidak diganggu oleh lelaki." (Al-Ahzab: 59)


Menutup aurat bukan sekadar memakai pakaian menutup tubuh. Oleh kerana aurat adalah kehormatan, maka menutup aurat merangkumi menutup semua yang merosakkan kehormatan wanita. 

Sebuah hadis bermaksud; "Wanita itu (sendiri) adalah aurat".

Maka, bermakna apa sahaja yang ada pada wanita adalah aurat. Suara, bauan, lenggang-lenggok dan rupa paras mereka adalah kehormatan.
Jagalah kehormatan dan jangan dedahkan kehormatan itu kepada bukan mahram. Pilihlah kesucian kerana kesucian akan kekal sampai mati.

Menurut sebuah hadis, wanita berpeluang masuk syurga kerana empat perkara;
i) menjaga solat
ii) berpuasa
iii) memelihara kehormatan
iv) taat kepada suami


sumber: Majalah HALUAN (bil 5, 2002)
Tuesday, January 4, 2011 | By: iefa_fifah

1st post 2011~

first post utk tahun ni...meh kita dengar lagu ni:

A.P.I- Pelita (Lagu Tema Hooperz)



lagu ni my vvip yg bagi..heee..siap tolong bleutooth masuk phone lg..so tiap kali dgr lagu ni mesti teringat kt dia..heeee~

ok...next citer plak..citer sdey ni~

hari ni br sampai ganu..menyambung perjuangan yang terhenti seketika...huhu..selamat tinggal umah..mama abah, mok, abe, ace ngn adik...sdey nye..
smlm adik nangis..dowh...down aku..berat ati la plak nk g ganu..tp abah ckp, xpe..nnt dia ok la 2..then, hr ni adik demam..aiseh...sdey nye..
smlm nek bus, kne pgng tgn dek pakcik driver bus..terkedu aku..nth la..feeling ckp, jgn nek bus ni dah..adoy...nitemare lagik..
 ok la..just wanna to say, i miss my family....T_T..
huaaaaa..mau nangis..pinjam bahu ley x???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...