untuk sesuatu event yang nk dijalankan, adalah baik nye kita wat proposal.. bukan utk mintak persetujuan or kebenaran sesiapa tp just nk pasti kan yang kita sebenarnya ada rancangan.. proposal 2 melibatkan bajet, tentatif program, peserta, tempat, tarikh dan masa.. huhu... apabila program dah berjalan dan dah berlalu (erti kata lain, bila dh abeh enjoy), jadi marilah kita membentangkan laporan mengenai program yang telah berjalan..
Pendahuluan:
Secara amnya, program ini telah berjaya dijalankan seperti mana yang telah dirancang. Program yang lebih terarah kepada pengukuhan hati dan minda ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam seperti mana yang dirancang. Objektif program ini adalah untuk memantapkan hati serta minda, mengikis segala ketidakpuasan hati serta merapatkan jurang antara peserta.
Tempat: sekitar Terengganu
Tarikh: 4-5 November 2010
Masa: 4.00 pg (4 Nov) - 12.00 tgh hari (5 Nov)
Penginapan:
peserta lelaki: Dara Inn (Pantai Teluk Ketapang)
peserta perempuan: sebuah rumah di Taman Maidam, Tok Jembal
Laporan aktiviti yang telah dijalankan:
Pada jam 4.00 pg, ketibaan peserta lelaki disambut denga jamuan makan yang telah disediakan oleh peserta perempuan. Aktiviti diteruskan dengan membawa peserta lelaki mengelilingi bandar Kuala Teregganu. Antara tempat yag dilawati ialah Pantai Batu Buruk dan Pantai Tok Jembal.
Aktiviti diteruskan pada jam 8.00 pagi. Peserta dibawa bersarapan di Kedai Aziz Selera Timur (jln nk ke Losong). Antara juadah sarapan pagi yang menjadi pilihan peserta adalah nasi dagang dan roti telur.
Seterusnya, peserta dibawa menuju ke Mesra Mall, Kerteh. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, menonton wayang (the Other Guy), menikmati hidangan di Secret Recipe (tomyam Kung ngn daging stew), berjalan-jalan di sekitar Mesra Mall.
7.00 malam, peserta di bawa ke tempat penginapan masing-masing. 8.30 mlm, peserta di bawa ke stesen Bus Kuala Terengganu, seterusnya ke Giant Kuala Terengganu dan ke Mydin Mall Kuala Terengganu. peserta dibawa menikmati roti nan ayam tandori di gerai di Mydin Mall.
seterusnya peserta dibawa mengelilingi bandar Kuala Terengganu sekali lagi. walaubagaimanapun, disebabkan hujan yang agak lebat, dan keadaan jalan yang kebanyakan telah ditenggelami air; maka perjalanan aktiviti pada malam itu tidak dapat diteruskan. peserta di bawa pulang ke tempat penginapan.
Aktiviti diteruskan pada keesokan hari, peserta di bawa bersarapa sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.
sekian laporan dari saya.
laporan kewangan tidak dapat dibentangkan memandangkan, segala perbelanjaan ditanggung oleh peserta sendiri.
antara gmbr yang sempat di rakamkan:
Stesen Bus Kuala Terengganu |
Dara Inn Pantai Teluk Ketapang |
us ;) |
menikmati tomyam kung di Secret Resipe |
0 comments:
Post a Comment