Sunday, September 19, 2010 | By: iefa_fifah

cinta hampa

hari ni bercerita tentang cinta yang hampa..ajejeje..hikhik..ni sebab pagi-pagi dah dengar lagu jiwang and layan perasaan..meh kita sama-sama menghayati lirik lagu hampa-to'ki ni:

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...


hurm...cinta yang hampa... sedey..bila pengharapan diberi pada orang yang salah, hati terpaksa menjadi mangsa..dalam sebuah cinta yang hampa tu, hati terasa sangat la sakit..apatah lagi bila kesepian dan kesunyian mulai memenuhi hari-hari..pada masa itu la si kecewa akan mulai mengimbas kenangan bersama..baik buruk mahupun yang membahagiakan..jutaan sesalan mulai terbit di bibir..namun hakikat yang satu, yang x dapat di sangkal, cinta itu telah putus di tengah jalan..cinta itu telah smpai nokhtahnya..dan si kecewa tetap telah dikecewa..
tapi aku hairan..macam mana manusia boleh jadi begitu kejam...jutaan janji-janji manis boleh terlupa sekelip mata..tega nya hati dia..tak kan tak ada langsung simpati kat hati dia? hurm..mungkin dia dah banyak menderita masa dia tengah couple dengan pasangan dia..sebab tu kot dia jadi manusia yang tidak berperasaan...(andaian aku ja =_=") 
tapi (still tak puas ati lagi ni) siapa antara kita yang bagi lesen kat seseorang tu untuk jadi heartbreaker...huh...sampainya hati..cuba letak diri dia plak kat tempat si kecewa..apa yang dia rasa?tak sakit ke?aku yang terpikir ni je pun rasa dah nak nangis...sedey nye...kalau la semua itu manis tak pe gak..ni pahit..pedih...oh cinta yang hampa...
semoga cinta aku bukan cinta yang hampa...aku tak mampu nak melalui lagi segala penderitaan terhadap kehampaan itu...sungguh aku tidak berdaya..mungkin aku nampak kuat, namun aku juga manusia yang punyai hati, sekelip mata boleh hancur, lemah kerana kehampaan cinta...semoga cinta aku kekal berpanjangan....sebab nya....aku sayang sangat-sangat kat dia~

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...