Monday, September 20, 2010 | By: iefa_fifah

eksprestasikan cintamu


1. Cinta itu perlu diluahkan

Tiada siapa antara kita dapat membaca kata hati orang . Justeru itu, luahkan kepada dunia betapa agung dan dalamnya cintamu itu.



2. Cinta itu perlu dikongsi

Alangkah indahnya hari-hari yang dilalui andai cinta kita saling bertautan. Untuk memperoleh keindahan cinta seperti itu, kongsikan cinta itu bersama pasangan tercinta. Usah dipendam cinta seorang diri. Andai cintamu ditolak, usah bersedih hati, sekurang-kurangnya kamu sudah bertidak adil terharap hati dan perasaanmu itu. Usah memaksa insan lain menerima cintamu, kelak nanti merana diri.



3. Cintai sepenuh hati

Jangan pernah ada curiga serta ragu-ragu dalam diri terhadap cinta kamu. (ops..jangan salah tafsir..tak salah punyai sedikit kecurigaan terhadap si dia, sebab tak naknanti mati-mati tertipu).



4. Ikhlaskan diri, ikhlaskan cinta

Tidak perlu berkira dalam percintaan. Jangan membebankan si lelaki dalam dunia percintaan kamu. Tidak perlu meletakkan segala perbelajaan misalya topup phone, siapa yang perlu call, belanja makan, belanjan tengok wayang – tidak perlula si lelaki saja yang perlu keluarkan belanja. Kadang-kadang, kalau perempuan yang keluarkan belanja, nampak sweet juga.



5. Fahami dan memahami

Berbincanglah sekiranya punyai salah faham. Usah terus membuat kesimpulan sendiri Andai punyai masalah, berkongsilah dengan pasangan. Kadang-kadang masalah yang kecil boleh memberi impak yang besar kepada dunia percintaanmu. Pasangan bercinta perlulah saling memahami supaya usia percintaan kekal berpanjangan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...