Sunday, October 31, 2010 | By: iefa_fifah

wednesday..then thursday..then friday...life full with happiness and love~

huhu...berdebar dalam menempuhi hari-hari yang bakal menjelang...haha
hari ni ahad (31 October 2010)...huhu..

maka dengan secara rutin nya, esok adalah isnin (1 November 2010)...esok Hot.fm ade wat revolusi..apa yang baru pun aku tak tau..tapi aku sendiri pun sebenarnya tak sabar nak tengok and nak tau apa perubahan yang bakal berlaku..jadi, sama-sama lah menanti dengan penuh debaran...huhu...

selepas hari isnin, maka tibalah hari selasa..iaitu (2 November 2010)..hari selasa ni merupakan hari terakhir aku nak speed up wat last touch up aku nye final presentation slide...huhu..berdebar gak la aku tunggu hari selasa ni...

seterus nya, selepas hari selasa, maka muncul lah hari rabu (3 November 2010)..hari rabu ni hari aku akan present aku nye final slide..FYP oh FYP...haha...(gelak yang dibuat-buat tuk sembunyikan gemuruh di hati..hukhuk..)aku present kul 10.40 sampai kul 11.00 pagi..semuga 20 minit tu berlalu dengan jayanya...aku present kat Restoran Jabatan Sains Makanan..antara penilai-penilai bertuah yang akan menilai aku ialah:
- Dr Amir Izzuan (Ketua Jabatan)
- Dr Amiza (Timbalan Dekan)
- Dr Nizam 
- Dr Yusnita
- En Wan Hafiz
- Cik Sherrifah
- Cik Asma
- Cik Azlin
huhu..nama-nama yang menggerunkan...haha....(sekali lagi gelak yang dibuat-buat)

then, abeh hari rabu, maka menjelma la hari Khamis (4 November 2010)..hikhik..hari yang aku tunggu... setahun aku tunggu hari Khamis ni muncul.. Hari Khamis ni lain dari hari Khamis yang lepas dan yang akan datang..hikhik..my lovely tomey nak datang..heeee...suka sangat-sangat..sangat tak sabar..banyak yang dirancang... nak gi jenjalan ngn dia, belanja dia makan, nak gi cari menan yang dia nak (Transfomers)...hukhuk...tapi kan, apa yang aku harapkan, hujan tak lebat sangat..tapi kalau tetibe hari khamis tu langit cerah, aku bertambah-tambah bersyukur...

then, hari Jumaat (5 November 2010) pun datang la selepas hari khamis tu..maka, terpaksa la aku mengizinkan my lovely tomey pulang ke pangkuan keluarganya yang tercinta..dia bukan milik aku, dia bukan hak aku..jadi aku kena pulangkan la tomey kepada mak ayah dia..harapan aku semoga di masa depan, masih ada lagi jodoh untuk aku berjumpa dan bermanja lagi dengan my lovely tomey..tapi hari Jumaat gak aku akan bertolak balik Penang..aku rindu adik, ace, mama, abah ngan Mok...dah lama tak jumpa insan-insan tersayang...huhu...jadi terubat sket la sedih aku yang terpaksa berpisah ngan my lovely tomey...

tapi jauh disudut hati, aku berharap, satu masa nanti, kesemua insan-insan kesayangan aku akan bersatu di bawah satu bumbung dan berkogsi kasih sayang yang sama...luv tomey, luv my family, luv u all...muah2~

Tuesday, October 26, 2010 | By: iefa_fifah

:: kerana ::

Kerana        
by: Razzi Rahman & Irfan Khairi



kehadiranmu,
bagaikan pelangi pagi,
yang mewarnai hati ini..

kelembutanmu,
mencorakkan hidup ini,
kerana kasihmu abadi..

hebatnya cinta
hingga akhirnya
sampai ke tua 
kita berdua

kerana ku tak mahu
terus hidup tanpamu
kerana ku tak mampu
bernafas tanpamu

keranaku tak mahu
rindu pelukanmu
kerana tak mampu ku
berjauh denganmu...



.....C.I.N.T.A.....

.....keindahannya membelai hati.. dunia mulai bertambah seri.. warna-warna keceriaan, kebahagiaan, dan kegembiran mulai memenuhi segenap lapisan ruangan hati.. fauna seakan menyanyi lagu cinta, flora seperti tersenyum bahagia.. hebatnya cinta..

...kerana kehebatan cinta itu lah, ada yang sanggup menderita.. mencintai tanpa mengharap balasan.. ikhlas.. tersenyum gembira walaupun hati merintih kesayuan.. itulah cinta.. tidak hanya memberi senyuman malahan turut menagih air mata..

...namun apa lah cinta tanpa halangan, cubaan dan rintangan.. seperti sebuah telenovela.. sesuatu itu perlukan klimaks.. puncak kepada halangan itu akan melahirkan suatu perasaan yang lain.. perasaan bahawa kemenangan di pihak cinta kita.. semoga setiap halangan mampu di atasi dan ditempuhi dengan rasional..


itu la kehebatan cinta..
Thursday, October 21, 2010 | By: iefa_fifah

hari ini dan semalam

hari ini dan semalam..
sesungguhnya aku mengharapkan yang terbaik...untuk hari...dan untuk hari-hari yang seterusnya. Tapi sebagai manusia biasa, aku tak terlepas dari lalai dan alpa. Kadang- kadang aku lebih bersemangat semasa berazam. dan bila tiba masa nak melaksanakan semangat aku dah luntur. berkurangan. adakah aku ni tak serius? atau masa yang aku ambil antara berazam dan nak melaksanakan tu terlalu lama, sampaikan semangat aku dah merajuk..

hari ini dan semalam..
sesungguhnya aku ingin jadi yang terbaik.. hamba Allah yang baik, anak yang baik, cucu yang baik, kakak yang baik, adik yang baik, kekasih yang baik, saudara yang baik, pelajar yang baik, kawan yang baik, housemate yang baik, kenalan yang baik..malahan aku nak sangat jadi manusia yang baik..tapi, aku tak terlepas dari tersalah mengungkap kata-kata, tersilap memberi pandangan, pincang dalam perbuatan..aku manusia yang lemah. aku terlalu beremosi dalam bertindak, aku terlalu menurut perasaan dalam berkata-kata dan berperilaku..oh insan-insan kesayanganku, maaf kan aku atas setiap keterlajuranku ini.

hari ini dan semalam..
sesungguhnya, semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan dan impianku..
sesungguh semalam, walaupun sesuatu yang teruk berlaku, namun kenangan itu tetap indah. akan aku jadikan satu pengajaran, satu pegangan, semoga kesilapan itu tidak berulang lagi..
kenyataan hari akan aku lipat dalam sejarah hidup aku. setiap titisan air mata kecewa akan aku jadikan penawar sebuah kedukaan. Kenyataan yang tidak akan berubah, kenyataan yang akan sentiasa mengekori langkah-langkah hidupku.. Ya Allah, aku redha dengan segala ujian-Mu, kerana hanya DiKau yang lebih mengenali ku...
dan esok, satu harapan dan impian aku kaitan. semoga mentari menyinari  lagi. menerangi hari-hari kelamku..Harapanku semoga aku akan berubah, menjadi yang lebih bermakna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat..

Ya Allah..aku mengharap limpah rahmat dariMU..amin ya Rabbal alamin~
Wednesday, October 13, 2010 | By: iefa_fifah

penangan memori di Maresmawi~

Tetibe hati aku diruntum kerinduan..waaa..aku sangat merindui setiap detik itu..namun kenangan tetap kenangan. Yang berlalu tak akan berulang kembali. Andai mampu ulangi semua itu, rasa dan perasaan tetap lain. Tapi, jauh di sudut hari aku ingin ulangi semua itu. Melalui setiap detik tu semula. Mengharungi hari-hari bersama teman, susah senang bersama. Sedihnya. Namun air mata tetap tak mampu nak mentafsir segala rasa menjadi satu cerita.

Tau tak kenangan mana yang aku rindui tu? Kenangan di MARESMAWI..waaa…rindu sangat-sangat. Suka duka bersama teman. Ouch.. i’m touching.. wanna to cry..pergh..gila rindu..rindu nak makan cocktail ngan Cik Ti, Ida, Fatin, Sue, Sheila… rindu nak berlakon citer The Drover’s Wife..kenangan 412(4 Fransium)ngn 512 (5 Fransium) ada Ili, Tikah, Miza, ada Anis, Yati, Farah Nadiah…pergh..windu.. Aku rindu g outing ngan Tikah, kadang-kadang ngan zihah.. g shopping mall kat pekan Kuah tu..g food court..beli Nasi Kebab..pergh..rasa nak ngalir air mata rindu.. rindu nak g tew sun huat~

Hurm..x lupa gak kat member2 kat hostel..nak tido baca doa reramai..hujung minggu wat gotong royong…hikhik..kene cuci toilet..mang tak best..tapi bila cuci, men air je banyak dari cuci nye…huuu..tyme celebrate ladies nite…best…our nite~ tyme celebrate teacher’s day.. Prank Cikgu Rosliza.. konon-konon Miza pengsan..padahal dok kerumun kek..wah…miss all the moment.. cikgu rosliza garang gile..tapi she’s cool. Leh g tumpang tido kt umah..makan roti. Bancuh air..hikhik..baik sangat..

Makanan plak, kalau kat DS (dewan selera) aku rindu makanan hari jumaat.nasi tomato ngn ayam masak merah dia..makan ngan papadom..astu aku rindu gak bubur gandum dia, ngan pisang goreng…thumbs up la… Kalau makanan kat cafĂ©, aku rindu sambal masak dia. Sedap….heee..nama makcik tu makcik bedah ke ape..nak cepat nye pasal tinggal cik bed je~aku rindu gak memalam makan nasi lemak..limited edition…lambat tak dapat..lantaran itu, mesti ngelat kuar prep awal..kadang-kadang pesan kat member..huhu..kalau nasib tak baek kantoi kat warden..

Huhu..pagi-pagi ada rokol. Nyanyi lagu MARA ngan lagu anak kecil main api.. dah lame tak dengar lagu tu..


kalau hari ade dobi, pakat-pakat turun hostel ngan baldi masing-masing. Kalau hari ade spotcheck tu, mang sesak kat Dataran Hijau tu (dataran tu lantai dia kaler ijau). Astu kat koop, aku rindu kat Kak Pah..pergh..akak koop tu giler sporting..havoc!!

Aku rindu tyma solat g jemaah reramai..waa..best..rase penuh..meriah..pas solat salam ngan kawan-kawan..baca yassin reramai..wat tahlil..tazkirah hari jumaat..astu solat zohor sesame muslimah.. aku rindu gak homeroom aku (TABRANI)..ada izni, iman, cem, afif, izudin,mimah, azimah, waaa….windu~

Huhu.. ape lagi yang aku rindu? Cikgu Hasniza..cikgu add math.. gila baik. Kalau tak paham leh gi Tanya kat umah.. sangat baik..oh cikgu..jasamu ku kenang..thanks cikgu di atas segala tunjuk ajar~ lagi sape eh? Pak Hassan..cikgu PJ..cikgu yang bertanggungjawab ajar aku men tenis..huhu..tak pernah mimpi nak men game-game cam gitu.. ye la..nak men bola jarring pun aku malas..huhu..ingat lagi dia cakap, masa mula masuk Maresmawi badan solid je, abeh blaja sume cam tong drum.huhu..ni la akibat tak beriadah..

Aku rindu nak pusing maktab waktu malam..amik angin..jenjalan ngn kengkawan..pergh..nostalgia tu… aku pun rindu gak nak jual burger..PUM..huhu..walaupun aku ni ahli yang tak aktif, tapi aku suka wat keja jual-jual tu..

Hurm..ape lagi eh..aku rindu kat suma kengkawan..kawan yang special, kawan yang tak special, kawan rapat, kawan yang tak rapat, kawan baik, kawan yang tak bape baik, roommate (jiha, ain, zihah, pinat, cik nab, yus), hostel mate, classmate n school mate..aku rindu semua..rindu kat cikgu-cikgu yang sporting (tyme ni baru sedar…) Rindu nak jalan gi lab kimia.. rindu nak turun gi bilik seni..rindu g bilik computer..rindu g library..rindu kene halau dari lab fizik..rindu lepak kat sick bay.. rindu nak nyorok lam toilet tyme gaduh ngan sorang tu..pergh..rindu nak berdiri tengah-tengah dataran hijau..nak ingat segala memori kat situ..kene ketuk ketampi 100 kali sebab kantoi tak gi jemaah solat subuh..kene rotan kat tangan kiri sebab lambat nak gi kelas prep..wat aerobic ngn dak2 kelas..dapat big mac..sume tu lam kenangan..

Semua kenangan tetap tinggal kenangan. Yang pahit tetap ada manisnya. Kalau la dulu setiap detik, ketika, setiap event, amik gambar; paling kurang aku tak jadi si perindu sepi. Cuba dan berusaha mengingati setiap saat yang tak mampu di ceritakan satu persatu.. pengajaran yang aku perolehi; hargai setiap detik. Kalau tak, nanti aku akan derita merindui sesuatu itu~
Thursday, October 7, 2010 | By: iefa_fifah

ceritera cinta

manuskrip ‘ceritera cinta’

Teringat aku dengan satu ceritera cinta..penulis manuskrip ada mencatatkan sebuah puisi yang diberi tajuk sempena nama watak utama kisah ceritera cinta tersebut:

Laksana hembusan bayu hadirmu
Tidak dipinta
Tidak diundang
Namun, mendamaikan hati
Memujuk perasaan sepi

Seketika kurasa
Hembusan menerpa kian deras
Meresahkan jiwa
Menyesakkan hati

Aku
Di sini
Hati merusuh
Mendambakan perhatian
Menagih kasih sayang

Namun, siapalah aku tika ini
Meminta, menolak sesuka hati
Melukakan perasaan suci..

Salah siapakah derita ini menjelma?
Dosa akukah, hati ini terseksa?
Kian hari, aku keresahan
Dilambung ombak pengharapan
Terumbang-ambing dalam penderitaan
Hanyut dalam lautan percintaan

Bayu
Hadirmu ku nanti
Walau mungkin akan ku kesali
Namun itu yang terjadi
Lantaran hadirmu mulai berbekas di hati… 

pergh..aku tengah mengalami perasaan itu...huhu..hadirmu mulai berbekas di hati....
Tuesday, October 5, 2010 | By: iefa_fifah

Permainan perasaan~

pergh..kacau bilau sebentar..kehadiran yang tak diundang..tapi mengasyikkan..apa yang aku boleh katakan..kehadiranmu membelai hati...haha...

jiwa aku kacau bilau..hati aku gundah gulana...entah la..nak kata pun tak kena..nak dipendam rasa tak berdaya..aku nak setia..tapi hakikatnya hatiku diketuk orang lain..adakah aku x setia?hurm...mungkin ni permainan perasaan..menetap hanya seketika..datang sebegitu saja, akan berlalu bersama hembusan bayu..

mungkin aku je perasan, sebab aku tak tahu perasaan dia kat aku..tapi sekurang-kurang nya, aku dah berlaku jujur pada hati.. tapi dengan rasional nya aku amik keputusan untuk tidak dilayan kan perasaan ni..nanti memudarat kan diri...huhu...

kepada seorang teman itu....
terima kasih kerana hadir dalam kehidupan aku..terima kasih sebab bagi bahagia kat aku...walau pun aku mungkin yang syok sendiri sengsorang~
ni lagu untuk ko:
Aku dan Kamu - Flop Poppy

Kau masih cantik seperti dulu
Saat bersama kujumpa dengan mu
Terasa ingin ku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu
Kau senyum mesra
Mungkin tak mengapa
Tapi ku tak bisa
Pasti ada yang kan terluka
Jangan ditunggu
Pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu
Kini aku telah berdua
Masa depan yang tak kita duga
Kutahu kau masih mengharap jua
Tapi ku tak bisa meninggalkannya
Sunday, October 3, 2010 | By: iefa_fifah

jiwa kacau~

ni bukan kali pertama benda cam ni jadi kat aku..dah berkali-kali dah..berpuluh-puluh kali..patut nya aku dah lali..paling kurang dah arif cam mana nk mengatasi dan menangani masalah ni..tapi..sesungguh nya aku tak berdaya..sighh~
hurm...jiwa aku kacau bilau lagi..kali ini entah kenapa...rindu?ye ke?tak mungkin kot...teringat je...dan rasa bersalah...serta cemburu??aiisih..tidak mungkin kot..JUST TERINGAT AND RASA BERSALAH..nokhtah.
hikhik..kecelaruan minda..susah nak diterangkan.meh la aku citer satu-satu..ok?
hari ni tetibe je hati aku di usik satu perasaan..pergh...aku teringat kat seseorang tu..ok la..then aku buka facebook dia...tgk je la ape yg ade..nak komen?bukan aku kot...(aku yang ego..aku dh remove dia dari frenz list aku, so tak mungkin la aku nak cari dia balik..kan?)..then aku tengok kehidupan dia makin bahagia..seperti yang aku jangka kan dan harap kan...huhu..entah la..tetibe rase bersalah plak...teringat segala kata-kata aku kat dia dulu...aduh kawan...masih berkecil hati kah dikau??huhu...mesti tertanya-tanya kan..kenapa aku tak mintak maaf je..kan senang..clear segala kecelaruan ni...huhu..aku segan..rase tak berdaya lagi..tunggu la.nanti akan ada satu ketika, di satu saat tetibe aku akan mesej kt email ke...inbox fb ke..aku akan mintak maaf...huhu..tunggu la saat tu...akan datang gak..cuma berharap, tyme 2 masih belum terlambat untuk di maaf kan...huhu..jiwa kacau~
Saturday, October 2, 2010 | By: iefa_fifah

elemen percintaan

Kepercayaan, kesetiaan, saling menghormati, keikhlasan dan kejujuran merupakan antara elemen penting yang perlu ada dalam sebuah percintaan selain daripada kasih sayang dan tolak ansur. Itu merupakan pendapat aku. Seorang manusia yang pernah bercinta, yang sedang bercinta dan yang sedang dicintai.. Tapi bagi aku gak, setiap individu mempunyai pendekatan dan pendapat yang berbeza-beza terhadap asas percintaan masing-masing. Al-maklum la, kisah cinta tak pernah sama, dan sangat bergantung kepada diri masing-masing.

Kepercayaan dan Kesetiaan
bagi aku kepercayan merupakan asas yang penting sebab tanpa kepercayaan, satu hubungan tu nampak cacat. apa guna bersama, bercinta, berjanji segala tapi dalam hati ada ragu-ragu dan curiga. Tapi, kepercayaan ni perlu la datang bersama kesetiaan. bagi aku la (orang len aku xtau), aku perlukan seorang lelaki yang setia dan mempercayai aku..Jadi, untuk nak dapat kan lelaki macam tu, aku pun perlu layan dia macam tu gak..aku perlu setia dan percaya kat dia..

Saling menghormati
hormat menghormati ni sangat la penting. bila kita menghormati seseorang tu, dalam kita tak jangka, tingkah laku kita, pertuturan kita, dan adab kita, kita akan jaga. Dalam erti kata lain, untuk elak dari diri kita nampak tidak sopan, menyakitkan ati orang dan buat orang benci kita. Bila kita menghormati orang yang kita sayang, kita akan jaga tingkah laku kita, kita tak kan curang, kita tak kan wat perangai pelik bila kita kuar ngan dia..bila kita hormat orang yang kita sayang tu, kita akan jaga pertuturan kita. segala bahasa dan ayat abeh bertukar. bukan nak hipokrit segala, tapi nak jadi yang terbaik. supaya dia selesa, supaya dia kenal side baik kita. 

keikhlasan dan kejujuran
kita kene ikhlas bila bercinta. jangan ada niat lain. nanti akan makan diri dan susah nak bahagia..(aku bukan nk curse orang~)..tapi bagi aku la. kalau kita ikhlas, diri kita akan tenang, hubungan bertambah mesra dan percintaan jadi lebih bermakna. kejujuran pun penting gak..kalau kita tak jujur, kita dah start menipu, lame-lame kita akan rasa percintaan kita tu dah tak ade makna..tak tau la kalau orang len, tapi aku, kalau aku nak kuar ke ape ke ngan kawan-kawan lelaki aku yang len, aku akan gtau kat dia..bukan nak uji tahap kejelesan dia (sebab dia pun manusia normal yang tau jeles), tapi sebab aku nk dia tau yang aku kuar ngan kawan-kawan yang aku anggap cam kawan-kawan dan tak akan dan tak mungkin akan lebih dari tu.

Apa yang aku leh rumuskan, bila kita percaya, setia, saling menghormati, ikhlas dan jujur, kita akan lebih tenang. walau teruk mana pun kita gaduh (laut mana yang tak pernah dilambung ombak~kan?), kita akan baik baik..Insya Allah...jadi untuk mendapat seorang kekasih sejati, kita kena la jadi seorang kekasih sejati dulu.. sebab ape tau?? sebab orang yang baik, akan dapat pasangan yang baik gak..cam tu la kitarannya..
Tapi apa-apa pun, banyak kan berdoa semoga jodoh dipermudahkan..dipertemukan jodoh dengan insan yang baik (iman dan amal dia)..
if la..kalau kita sekarang tengah bercinta dengan seorang lelaki yang selalu menyakitkan ati, yang tak setia, macam mana?hurm..nak tinggal tak boleh, sebab sayang..kan? nasihat aku, berdoa lah..hanya Allah je yang tau apa yang terbaik untuk kita.. Allah turunkan sesuatu ujian tu tidak lain sebab DIA tau kita mampu untuk tempuhi..akhir sekali, yakin la pada Allah..ada sebab la kenapa sesuatu tu terjadi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...