hari ini dan semalam..
sesungguhnya aku mengharapkan yang terbaik...untuk hari...dan untuk hari-hari yang seterusnya. Tapi sebagai manusia biasa, aku tak terlepas dari lalai dan alpa. Kadang- kadang aku lebih bersemangat semasa berazam. dan bila tiba masa nak melaksanakan semangat aku dah luntur. berkurangan. adakah aku ni tak serius? atau masa yang aku ambil antara berazam dan nak melaksanakan tu terlalu lama, sampaikan semangat aku dah merajuk..
hari ini dan semalam..
sesungguhnya aku ingin jadi yang terbaik.. hamba Allah yang baik, anak yang baik, cucu yang baik, kakak yang baik, adik yang baik, kekasih yang baik, saudara yang baik, pelajar yang baik, kawan yang baik, housemate yang baik, kenalan yang baik..malahan aku nak sangat jadi manusia yang baik..tapi, aku tak terlepas dari tersalah mengungkap kata-kata, tersilap memberi pandangan, pincang dalam perbuatan..aku manusia yang lemah. aku terlalu beremosi dalam bertindak, aku terlalu menurut perasaan dalam berkata-kata dan berperilaku..oh insan-insan kesayanganku, maaf kan aku atas setiap keterlajuranku ini.
hari ini dan semalam..
sesungguhnya, semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan dan impianku..
sesungguh semalam, walaupun sesuatu yang teruk berlaku, namun kenangan itu tetap indah. akan aku jadikan satu pengajaran, satu pegangan, semoga kesilapan itu tidak berulang lagi..
kenyataan hari akan aku lipat dalam sejarah hidup aku. setiap titisan air mata kecewa akan aku jadikan penawar sebuah kedukaan. Kenyataan yang tidak akan berubah, kenyataan yang akan sentiasa mengekori langkah-langkah hidupku.. Ya Allah, aku redha dengan segala ujian-Mu, kerana hanya DiKau yang lebih mengenali ku...
dan esok, satu harapan dan impian aku kaitan. semoga mentari menyinari lagi. menerangi hari-hari kelamku..Harapanku semoga aku akan berubah, menjadi yang lebih bermakna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat..
Ya Allah..aku mengharap limpah rahmat dariMU..amin ya Rabbal alamin~
0 comments:
Post a Comment