Tuesday, January 18, 2011 | By: iefa_fifah

Hati yang kau sakiti

bercakap mengenai kesakitan di hati..
sangat pedih bila di tinggalkan oleh insan yang disayangi..
percintaan yang dibina atas ungkapan percintaan sejati, ternyata begitu rapuh, 
sehingga kesalahan sebesar zarah menjadi alasan kepada sebuah perpisahan..

redhalah wahai hati, kerana aku yakin disebalik kesakitan dan kesedihan ini, terselindung nikmat Allah yang paling besar.
aku ingin sekali meyakinkan hati itu, bahawa kekasihnya itu adalah persinggahan cuma. usah la kau bersedih. kerana bukan dia insan yang layak bertahta di hatimu..
wahai sekeping hati yang sedang lara, ingatlah wahai dikau, aku masih di sisimu, sebagai teman bicara, berkongsi kisah suka duka..
wahai hati yang sedang kepiluan, ingin sekali lagi aku nyatakan, usah la kau bersedih, meratap pemergian kekasih yang tidak setia, kerana kau berhak memiliki sesuatuyang lebih indah...


hurm...
sedih plak bila terpikir kan keadaan bila perpisahan yang terjadi..
aku tau, aku x nafikan, kau berhak bersedih..kerana hati kau telah buta dengan cinta lelaki tu..
tp aku nak sangat menjerit, memekik yang aku bersyukur korang dah berpisah..
sebab, lelaki tu bukan la lelaki yang baik. 

nth la.. kau yang bercinta ngn laki tu, mesti kau lebih tahu baik buruk dia..(bnyk yang buruk)
tp kenapa still nk butakan hati?
kenapa still nk menagih simpati..
masa depan kau lagi penting..

dah la kawan ku..lap air mata 2...
meh kita g makan eskem..
hilang kan kecewa tu...laki 2 tak berlayak untuk di sayangi..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...