Thursday, December 16, 2010 | By: iefa_fifah

Gangguan bekalan air di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Hampir 80 peratus kawasan di Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air antara 12 dan 24 jam pada 28 Disember ini, melibatkan kira-kira 1.3 juta penduduk negeri itu.

Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir Jaseni Maidinsa berkata dua kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam ialah Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar manakala seluruh kawasan Seberang Perai, George Town, Farlim, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung akan mengalami gangguan selama 12 jam.

Katanya kawasan Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang tidak terlibat dan akan menerima bekalan air seperti biasa.

"Gangguan yang melibatkan kira-kira 80 peratus penduduk negeri ini berikutan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata gangguan bekalan air itu bermula pada jam 7 pagi, 28 Disember dan akan pulih sepenuhnya pada jam 7 malam di kebanyakan kawasan manakala kawasan yang mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam dijangka pulih pada jam 7 pagi, keesokannya.






sumber: Metro & PBA

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...